Spiga

Nafkah Rawatan Perubatan

Ahli fuqaha’ keempat-empat mazhab menyatakan tidak wajib keatas suami membiayai perbelanjaan perubatan. Ibnu Qudamah dari mazhab Hanbali mengatakan “ Tidak diwajibkan keatasnya untuk membeli ubat dan pembayaran perubatan. Kerana ianya adalah untuk menjaga keaslian tubuh badan. Ianya tidak diharuskan seperti mana tidak dipertanggungjawabkan keatas penyewa pembiayaan rumah tersebut. Ini bermaksud suami tidak wajib menyediakan buah-buahan yang bukan sebagai pelengkap kepada makanan asasi.[1]

Begitu juga dengan fuqaha’ dari mazhab Syafi’e seperti Imam asy-Syarbini dan juga dari mazhab Hanafi didalam fatwa al-Hindiyyah juga turut mengeluarkan alas an yang sama seperti Ibnu Qudamah.[2]

Manakala menurut ulama’ kontemporari pada masa lampau tidaklah sangat diperlukan seperti masa kini. Maka fuqaha’ berijtihad mengikut ‘uruf keadaan semasa. Ini kerana belanja perubatan teah menjadi satu keperluan seperti keperluan belanja makanan, bahkan lebih penting lagi kerana kebiasaannya orang yang berpenyakit lebih mengutamakan ubat dari segala sesuatu.[3]

Menurut mereka penggunaan qiyas isteri dengan penyewa rumah. Ini kerana ianya qiyas yang berbeza. Kerana a’laqah suami isteri bukannya sewaan. Tetapi a’laqahnya adalah akad nikah diantara mereka. Ianya berbeza dengan konsep berdasarkan firman Allah s.w.t :-[4]


Maksudnya : “dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
( Surah ar-Ruum : 21 )

Begitu juga dengan alasan bahawa nafkah makanan adalah untuk menjaga isteri dari lapar dan sakit. Maka membiayai perubatan juga adalah untuk menjaga kehidupan yang lebih baik maka ianya sesuai dengan ibarat nafkah makanan berdasarkan firman Allah s.w.t :-


Maksudnya : “Dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik”.


[1] Ibid, hlm184
[2] Ibid.
[3] Wahbah az-Zuhaili op.cit, hlm 982
[4] Karim Zaidan, op.cit hlm 185

0 comments: