Spiga

Antara Syiah dan Pejuang Sunnah...


Terdengar suatu kisah ustaz kita sewaktu demo memperingati Nakba di London, ustaz tu terdengar seorang karkun (tabligh) menjeritkan we need Omar, we need Khalid al-Walid, we need Salahuddin al-Ayubi!



Ustaz itu bertanya, kenapa sebut nama2 tu? Beliau jawab, merekalah yang telah berjasa mengIslamkan dan mengIslamkan semula Palestin, Masjid al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis... Malangnya Syiah mengkafirkan dan mencerca ketiga-tiga tokoh tersebut!



Baru terfikir, benar juga kata mamat karkun ni. Omar yang bertanggung jawab menerima kunci al-Quds,dikafirkan dan dicerca Syiah. Khalid al-Walid difitnah oleh Syiah sebagai penzina... Salahuddin al-Ayubi pula amat dibenci dan dicaci maki oleh Syiah kerana telah menghancurkan kerajaan Syiah Fatimi demi memerdekakan al-Aqsa. Malah ketika Salahuddin berperang dengan tentera Salib pun, puak Syiah sibuk menyerang hendap umat Islam dan tentera Salahuddin dari belakang.



Amat menarik, bagi Sunni, Omar, Khalid dan Salahuddin adalah sinonim dengan al-Aqsa dan Palestin. Bagi Syiah...? Mungkinkah Nasrullah dan Ahmadinejad akan cuba mengubah sejarah dengan mengiktiraf ketiga-tiga tokoh ini demi membebaskan al-Aqsa dan juga memerdekakan al-Quds? Apakah cabaran al-Qaradawi kepada Rafshanjani agar SYiah ikhlas dengan berhenti dan meninggalkan polisi mengkafirkan sahabat, berhenti menyebar luaskan SYiah di bumi Sunni dan juga berhenti bertaqiyyah sesama umat Islam akan mereka tunaikan demi kemerdekaan Masjid al-Aqsa? Mungkin ini satu perkara yang menarik untuk dibincangkan dan difikirkan.

3 comments:

  Anonymous

May 19, 2009 at 2:42 AM

Salam, saudara.

Saya terbaca komen saudara dari blog Faisal Tehrani. Lalu terjumpa pos ini.

Sungguh menyedihkan dan menyayat hati membaca akhlak keceluparan saudara yang tidak mencerminkan saudara sebagai seorang yang mengajak ke arah kebaikan daripada komen tersebut (di blog FT).

Nampaknya saudara begitu taksub hingga mengeluarkan perkataan berbau ancaman kononnya saudara dan geng-geng sunni saudara mahu turun menentang PAS sekiranya Tn. Hj. Mohamad Sabu menjadi calon pada PRK Kuala Terengganu tempohari.

Kemudian mahu mempersendakan pula amalan taqiyyah tanpa sebab di akhir komen tersebut.

Jangan nanti saudara tiba-tiba ditampar hingga koma pula oleh pencinta-pencinta Nabi Muhammad SAW dan Ahlul Baitnya yang suci kerana keceluparan saudara itu.

Sungguh memalukan, sungguh memilukan, mohon saudara sedarlah diri dari mimpi saudara untuk berjihad menyelamatkan akidah melalui serangan.

Saudara kenal benarkah dengan Tn. Hj. Mohamad Sabu itu? Kecelakaan apakah yang pernah dia timpakan kepada saudara? Sedarkah saudara kepada siapakah yang saudara beriya-iya sangat mahu menentang itu?

Tahu benarkah atau tercabarkah saudara akan pengorbanan-pengorbanan yang telah disumbangkan oleh Tn. Hj. Mohamad Sabu itu kepada perjuangan Islam melalui PAS?

Jangan berbesar diri dengan senarai kitab ataupun guru/murabbi yang saudara pernah tahu atau kenal atau baca kerana Rasulullah SAW dahulupun tidak berguru dengan sesiapa atau membaca apa-apa kitab pun namun akhlak mulia kurniaan ALLAH SWT melalui Al-Quran yang ada pada Bagindalah sebagai penarik dalam meramaikan pengikut-pengikutnya di seluruh dunia ini.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

  Anonymous

June 20, 2009 at 12:47 AM

salam saudara...
tuan punya blog

hati2... bercakap.. kalau tak tahu diam....

  Anonymous

June 20, 2009 at 12:49 AM

Asqalani said...

kalau saya baca wirid tuh...agak2 sy boleh mati syahid macam para sahabat dak?...

InsyaAllah saya akan emailkan wirid-wirid yang mengelak dari sebarang anak panah kepada pejuang HAMAS di Palestin dan Afghan.

Mungkin Sayyidina Hamzah Syahid disebabkan tidak beramal dengan wirid kebal ini....

June 18, 2009 3:06 AM