Spiga

Jenis-jenis Pertunangan

Jenis pertunangan adalah bersangkutan dengan sighah dan uslub yang digunakan sewaktu meminang seseorang. Pertunangan terbahagi kepada 2 iaitu pertunangan secara tasrih dan secara ta’rid.

1. Pertunangan secara tasrih (jelas)
- lafaz yang mempunyai satu tafsiran sahaja, membawa maksud kepada keinginan untuk berkahwin. Sebagai contoh : aku hendak berkawin dengan kamu, aku meminang kamu dengan sendirinya.

Ijma’ ulama menetapkan bahawa haramnya meminang secara sarahah (jelas) di dalam keadaan iddah kematian suami[1], sama ada talak raj’ie ataupun talak ba’in berdasarkan mafhum ayat:

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 235 maksudnya :


"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf . "

2. Pertunangan secara ta’rid (membayang)

Lafaz yang boleh ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran sama ada keinginan atau sebaliknya. Takrifan ta’rid dalam pertunangan ialah berkat-kata dengan perkataan menyerupai pertunangan dan tidak jelas kepada pertunangan yang khusus. Seperti contohnya, kamu cantik, kamu berada di naungan ku dan sebagainya.

Lafaz ta’rid boleh digunakan pada beberapa keadaan [2]:

1. Ketika perempuan di dalam iddah kematian suami.

Ittifaq ulama menetapkan bahawa harus meminang perempuan yang masih dalam iddah kematian suaminya.

2. Perempuan yang dalam iddah talak

Sekiranya talak raj’ie, diharamkan pertunangan dengan ittifa’ fuqaha’. Pertunangan itu haram disebabkan talak raj’ie mempunyai hak keatas suaminya untuk merujuk isterinya sewaktu dalam masa iddah.

[1] Wahbah Zuhaili, op. cit, hlm. 15.
[2] Wahbah zuhaili, ibid, hlm. 16.

1 comments:

  mohad

June 22, 2008 at 9:55 PM

salam... apa khabar...