Spiga

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISKAH KITA???



Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

-Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
-Sudah mengetahui, namun belum memahami.
-Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
-Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
-Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar APIUM mahupun student lain tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin

Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan hingga ke kerjaya. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat

5. SMS Tidak ‘Urgent’

. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’


Firman Allah Subhanahu Wataala :
Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

............................................................


“ Wah…kenapa aku Ber’iya-iya sangat nk tulis bab nih....aku bkn golongan pembesar….p#@$%Um…mgkin aku disebabkan aku golongan marhaen…lebih lagila mudah terjerebak…biasala…adusss…kembali lagi kisah “Cinta enta enti”…kisah cinta disebalik “keluarga”(dlm bhs arab)….ehehhe..kekadang aku terfikir gak..naper biler ader org nk msg dgn aku..aku tak kasi..aku ckp tak syarak…naper dgn sorg ‘ustaz’ ni bole plak eh…takkan tak bolehhh kot…kan kiter nk bina sebuah keluarga hasil ikatan se’fikrah’…mule dr sekarang la….nti ukhti lain amik plak…tambahan plak… “geng fikrah yg lain…”…adus…dahla jemaah yg tak berpendirian…heheh….dahlaa…malas nk ckp…mungkin bagi aku…halal bg ustaz nih…haram bagi ustaz lain…aku kan pejuang agama…soal halal haram kan kiter kener tgok “WAQI”…korg nih tak phm keadaan semasa la…

K laa…aku yg tak dak jemaah nih memandaila plak nk komen….sepatutnya aku yg bagaikan kambing yg mudah di baham serigala ni…diam jer…urusan agama selagi mana tak di “Thumb Rain”…dgn fikrah mereka…jgn la cakap….

bukanku mencari gaduh…tetapi aku pasrah dgn kader2 pejuang yg ada di bumi Malaysia ini…sahabatku sekalian…jgnla terguris…kita mencari yang terbaik untuk Islam kita…bukanlah jemaah kita..apapun aku mita maaf diatas kedhaifan aku menutur kata2 yg mengguris….dahlaa..buang yang keruh amik yg jernih…aku sayangkan korang semua…..

0 comments: